| 1. |
Apakah 'Zoom-A?'
Zoom 'A' ialah suatu program e-Pembelajaran eksklusif
melalui kemudahan Internet dirancangkan dan dikendalikan secara rapi, bersistematik,
dan terkini untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran. |
| |
| |
| 2. |
Apakah kelebihan
yang terdapat pada Zoom-A yang membuatkan saya akan kerugian jika tidak
melangganinya? Program Zoom-A merupakan
gedung e-Pembelajaran yang eksklusif dan efektif. Kelebihan Zoom-A ialah
sebagai gedung soalan klon peperiksaan tahun-tahun lepas, soalan praktis
pengukuhan dan sumber pengayaan pembelajaran terkini. |
| |
| |
| 3. |
Apakah bentuk
latihan yang disediakan dalam program Zoom-A? Zoom-A
menyediakan ujian topikal, soalan klon mengikut tahun peperiksaan, dan ujian
pengukuhan yang boleh dipilih mengikut kehendak pelajar sendiri.
|
| |
| |
| 4. |
Apakah kelebihan
yang ada pada Zoom-A? Pelajar boleh memilih
soalan mengikut sukatan pelajaran seperti tahun atau tingkatan, subjek,
bahagian peperiksaan, tajuk besar, tajuk kecil, dan aras kesukaran.
|
| |
| |
| 5. |
Siapakah yang
merancang soalan-soalan dalam Zoom-A? Gedung
soalan dalam Zoom-A dirancang rapi oleh Jabatan Panel Zoom-A yang terdiri
daripada guru sekolah yang berpengalaman dan pakar dalam setiap subjek.
|
| |
| |
| 6. |
Apakah kemudahan
yang perlu ada untuk menyertai program Zoom-A? Mudah
sahaja! Pelajar hanya perlu ada komputer dan talian Internet |
| |
| |
| 7. |
Adakah anak saya
perlu mengikuti program Zoom-A, walaupun dia telah menghadiri tuisyen?
Zoom-A adalah sangat penting bagi anak anda sebagai
praktis pengukuhan ke arah peningkatan prestasi pembelajaran dan kecemerlangan
peperiksaan. Lebih-lebih lagi kerana praktis ini boleh digunakan pada bila-bila
masa dan di mana-mana sahaja. |
| |
| |
| 8. |
Adakah Zoom-A
meliputi semua sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran?
Ya! Zoom-A menepati dan meliputi semua sukatan pelajaran
yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. |
| |
| |
| 9. |
Adakah Zoom-A
bersesuaian atau tidak dengan suasana pembelajaran masa kini?
Zoom-A adalah bersesuaian dengan suasana pembelajaran
masa kini kerana program ini merupakan e-Pembelajaran yang terancang rapi,
bersistematik, dan terkini. |
| |
| |
| 10. |
Adakah Zoom-A sesuai digunakan oleh semua pelajar? Zoom-A sesuai dimanfaatkan oleh semua pelajar bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan juga UPSR. Manakala untuk peringkat sekolah menengah pula kini sedang dirancang rapi dan akan dilancarkan tidak lama lagi.
|
| |
| |
| 11. |
Adakah Zoom -
A boleh digunakan di mana-mana sahaja? Ya!
Zoom-A boleh dilayari di siber kafe, sekolah, dan rumah asalkan ada kemudahan
Internet. |
| |
| |
| 12. |
Adakah Zoom -
A boleh digunakan pada bila-bila masa? Ya!
Zoom-A boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. |
| |
| |
| 13. |
Adakah Zoom-A
menyediakan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas? Zoom-A
tidak menyediakan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan akan berusaha
untuk menyediakannya pada masa akan datang. |
| |
| |
| 14. |
Adakah Zoom-A
menyediakan soalan klon peperiksaan tahun-tahun lepas? Ya!
Zoom-A merupakan gedung soalan klon. |
| |
| |
| 15. |
Adakah Zoom-A
dapat membantu anak saya mendapat keputusan A dalam peperiksaan?
Zoom-A berkemampuan mempertingkat prestasi anak anda
untuk mendapat keputusan A dalam peperiksaan melalui praktis yang tiada
batas. |
| |
| |
| 16. |
Adakah ibu bapa
boleh memantau praktis anak-anak melalui Zoom-A? Ibu bapa boleh turut melakukan pemantauan bagi setiap praktis anak-anak dengan cara yang begitu mudah. Ibu bapa boleh mengetahui pencapaian markah anak-anak, topik praktis, tarikh dan masa (termasuk tempoh masa) praktis, serta membuat semakan praktis.
|
| |
| |
| |
| |
| |